Thursday, December 10, 2009

Im Too Cool For School :)


SPM is over baby!
Gila best kot!dah tak jumpa cikgu-cikgu yang macam pfftt tapi rindu juga kat cikgu-cikgu yang rapat dengan aku.tak sempat pun nak minta maaf hari tu sebab sebelum SPM aku tak datang sekolah-haha.Rindu juga kat classmate aku semua samaada laki atau perempuan.Nak mintak maaf kalau ada salah silap selama 2 tahun bersama.Harap takda yang terguris hati or apa-apa lah.Rasanya macam takda,sebab aku bukan selalu pergi sekolah pun-haha.

Apa perasaan lepas SPM?takda rasa apa pun sebenarnya.Cuma extra excited je.Sebab bagi aku sebelum or selepas SPM macam sama je.Cuma lepas SPM boleh habiskan masa dengan kawan kawan lebih sikit.Tapi satu je masalah dah habis sekolah ni.Duit belanja kena cari sendiri-haha.Kalau time sekolah,hari hari dapat duit belanja en.So,belajar berdikari lah.Cari nafkah untuk anak bini di rumah.


Kesimpulannya,Aku takkan rindu smtjb cuma aku akan rindu warga2 smtjb 08/09.Kalau ada rezeki insyaAllah jumpa kan.Malaysia tak besar mana pun.Tapi kalau ada yang sambung belajar overseas yelah kan.So,All the best untuk calon SPM 2009.Doakan result aku cemerlang gemilang terbilang.Aku pun doakan korang berjaya.Kalau lah aku tak berjaya,aku tumpang gembira jika kawan kawan aku berjaya.Selamat jalan :)

Saturday, November 21, 2009

What Would You ?



What would you do if you have personal problems but it's only you that can overcome it?

What would you do if your friends fight and you in the middle of it?

What would you do when you see bad things and you like it?

What would you do when you go to bad places and you want to go there?

What would you do when you have no special ones but you have a lot of friends?

What would you do if it is the end of the world but you still doing sins?

What would you do if someone say i love you but you dont love him/her at all?

What would you do if he/she love you just for fame,money and pride?

What would you do when you heard bad things and still wanna do it?

What would you do when you have money and you dont know what to do about it?

What would you do if you tell them a secret and he/she tell it to the world?

What would you do if someone owes you money and you want to get it back?

What would you do if you have gf/bf but you're a gay/les instead?

What would you do if you know you gonna be dead by tommorow?

What would you?

Thursday, November 12, 2009

How To Be A Successful Faker in the Internet


1.Download gambar gambar amoi yang kebanyakkannya dari Taiwan,Hong Kong,Singapore,Japan dll.Selain itu,anda boleh juga download gambar gambar cewek Indonesia yang selalunya snap gambar tak tunjuk muka-haha.

2.Next,create a new account menggunakan host host utama seperti yahoo,msn dll.Then,buat pulak new account for Myspace.Kalau nak fake buat kat Myspace tau!Jangan cemarkan laman Facebook pulak-haha.Kalau Friendster orang malas nak layan sangat :)


3.Da siap buat account Myspace,terus tukar url id.Tulis lah nama kreatif sikit supaya dapat mengaburi mata pengguna Myspace yang lain.

4.Upload gambar yang dicuri tulah.Upload 3 atau 4.Jangan upload 1 je.Nanti kantoi lah sengal.Kalau upload banyak2 dalam satu masa pun mcm tak logik.So,pandai pandai lah balancekan.Bukan itu sahaja,kalau boleh upload gamba yang korang curi tu dengan kawan2,family or bf/gf.Baru lah nampak macam real.


5.Setelah selesai upload gambar,tulis dekat section About Me.Tulis lah macam ni

"Hey Myspacers!My name is ****** and this is my new account.My last account was hacked and i cant sign it in.So do add me up AGAIN and thanks for reading

"Hye!!...NaMa tiTeW *****.Nie MySPacer Bawu TiTew..Add tauu & CmNt Ma Pix!!NNt TiTew Cmnnt KoWang Punya Lak..... "

Kantoi lah macam ni.gambar amoi vogue gila.tapi taip macam ni.takkan lah orang tak tahu kot.ke aku sorang je yang perasan =_='


6.Kemudian,start lah add orang.Jangan lah add kawan2 yang korang kenal.Elakkan!Add lah orang putih mat saleh US ke apa.Elakkan add banyak sangat orang Malaysia.Nanti susah nk cover line.

7.Dah add orang,jangan gelojoh add ramai2 terus.Add sedikit demi sedikit.Pastikan fakta apa yang korang nak tipu tu semuanya sama jawapannya.Jangan kat A kau cakap lain kat B kau cakap lain.

8.Elakkan daripada bagi ym/msn sebab nanti dorang akan mintak webcam.So cakap la tak buat lagi atau lupa password ke apa-haha.


9.Pastikan page Myspace tu janganlah meriah sangat.Keep it simple.Baru nampak bertamadun sikit.

10.Last but not least,Goodluck on how to be a successful faker! HAHAHA

Wednesday, October 28, 2009

Forever Young





i want to stay young but i can try be an adult aite

Tuesday, October 6, 2009

Sjil Pelajaran Malaysia



Aku nak memohon maaf jika ada melukakan hati,mengumpat,mencaci, dll kepada rakan rakan myspace,faceebook,blogspot dll.Halalkan makan minum dan harap korang maafkan aku.Sebab aku pun insan biasa yang banyak buat kesilapan.

SPM pun dah dekat,Jadi aku nak ucapkan semoga berjaya kepada calon calon yang lain.Buat yang terbaik!Jangan hampakan ibu bapa korang yang banyak berkorban untuk kita.Dan doakan aku jugak supaya tidak ada kecelakaan berlaku dalam masa terdekat ini,doakan aku dapat menjawab soalan dengan tenang dan waras,doakan aku dapat menjawab soalan dengan baik,doakan penanda kertas jawapan aku nanti seorang yang pemurah untuk bagi markah dan terakhir sekali doakan keputusan SPM aku cemerlang,gemilang dan terbilang :D


-A Nazim bin A Azis-

Monday, September 28, 2009

Im So So So Sorry




i didnt mean to break your heart

Monday, September 14, 2009

How to Photoshop:Session 2


hello ladies and gents!

Kali ni nak memberi penerangan tentang adobe photoshop skills dan kaitan dengan jenis camera yang anda gunakan.Ia memang berkait rapat kalau anda mahukan hasil yang terbaik.

Tips 1:
Kuasai basic skills adobe photoshop.Itu saja haha

Tips 2:
Usaha tangga kejayaan.Kalau nak explore photoshop skills ni memang tiada limitasi.Anda bebas untuk mengekspresikan kreativiti anda.Habiskan masa terluang anda dengan mengadap photoshop selama berjam-jam/hari/minggu/bulan.

Tips 3:
Pastikan resolution gambar yang hendak diedit itu tinggi.Barulah noise problems tidak timbul.Gambar akan lebih telus dan jelas.


Tips 4:
Gunakan camera yang berkemampuan tinggi.Dslr atau digital camera seperti cybershot or digital ixus ke apa.Aku tak tahu sangat model digital camera yang hebat.Sebab digital camera aku guna pon Lumix saja.Penggunaan phone camera tidak digalakkan kerana nanti hasil gambar tak jelas dan noise problem.


Tips 5:
Edit ikut selera perut.Editing ni bukan ada 1 style je korang boleh buat.So banyakkan kajian dan tengok style editing orang lain.Flickr,Myspace dll.Rajinkan diri untuk mengkaji.Kalau tak kreatif,tiru dulu gaya orang lain.Belajar sikit demi sedikit.



Sooooo,kali ni ada 5 tips untuk jadikan gambar anda semua lebih mantap dan tinggi kualiti.Semoga berjaya! dan Selamat Hari Raya Puasa kepada semua umat Islam! :)