Sunday, August 30, 2009

Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 52

30 ogos 2009

Aku bangun pukul 1.14 pm setelah aku tidur dari pkul 4 30 am sebelumnya.Bangun je aku terus turn on pc and tengok luar tingkap.Hujan mencurah-curah.Kalau sambung tidur pon sedap-haha.Tengok Myspace then pergi mandi lepas tu solat Zuhur.Siap-siap tunggu Apis amek kat rumah.Hari ni plan nak keluar pergi town utk amy punya hal lah.Korang tak payah tahu-haha.Then,dia punya hal ada problem situ sini.Aku,Ejul,Apis,Amy pergi lah City Square.Aku ingat nak beli tshirt.Pusing-pusing takda yang berkenan dek hati.Dorang semua dengan partner masing-masing dan aku dah macam jadi tunggul kelaparan.Hari ni puasa macam susah gila babi tak tahu apesal.

Kemudian,lepas settle amy punya hal dalam pukul 6 lebih macam tu lah,kami pergi lah ke Restoran Singgah Selalu yang kami singgah tiap tiap minggu-hahaha.Errr,sampai-sampai tengok orang ramai berpusu-pusu masuk.Kami cubalah nasib mana tahu ada table kosong kan.Dengan hampanya,kami pun buka lah kat Periuk Belanga,Danga Bay.Dah lah datang lambat.Buka puasa makan kurma aku lenjan 5 bijik kot-hahaha.7 30 pm baru sampai milo ais aku.7 50 pm nasi ayam penyet/penyek aku pulak.Makan macam tak ingat.Tak kesah orang nak tengok ke apa.Sambil menjamu selera,hujan pulak turun.Kami pon belasah jelah habiskan makanan.Tak kesah lah nak hujan ke apa.Selesai semuanya,kami pon beredar dari situ dalam pukul 8 20 kot.

Selesai semuanya,Kami pon lepak lah kat Singgah selalu yang kami singgah tiap tiap minggu tu.Tak seberapa nak lama kemudian,Oon,Usop,Rafiq,Nazirul dan Hagemaru pon sampai naik Lancer Oon.Lepak punya lah lepak kami balik pukul 10 15 pm.Otw balik Myvi Apis perembat dengan Lancer Oon tapi Nazirul yang bawak.Masa ni aku tak rasa apa sangat,biasa je.Then,selamat lah aku tiba di rumah.

Sampai kat rumah,aku check ym,msn,myspace.Sambil tu pekena Big Apple Donuts akak aku beli petang tadi.Then,dalam 11 pm,Ejul,Hagemaru,Nazirul,Amy ajak keluar pulak.Aku pon join je.Bosan duk rumah kan.Masa ni,Hagemaru yang bawak kereta.Dalam perjalan dari Skudai ke Habib BBU,ada lah 2 kali near misses kereta nak accident.Rasa macam dekat je nak mati sebab aku nampak van tu memang sikit gila babi nak mampos nak langgar kereta kami.Tak sempat nak mengucap dah time tu-haha.Alhamdulillah,kami selamat sampai jugak ke Habib BBU.

Lepak situ sembang-sembang pasal masalah masing-masing terutamanya si Nazirul ni lah.Tak payah lah nak cerita masalah apa kan.Then,Aku terpikir,"Alang-alang baik pergi Danga Bay,nak beli jersey man utd yang baru tu".Masuk je Danga Bay,ramai betul orang.Almaklum malam merdeka kan.Tengok-tengok kat depan ada roadlock police(babi anjing).Sticker P ada,Nazirul ada lesen.Redah jelah kan.Jap lagi dia check.Rupa-rupanya Road Tax kereta tu dah expired 20 Ogos 2009.Dah memang sangkut lah jawabnya.
Park tepi.Semua kena keluar.Amek IC terus si babi anjing ni buat report.Tak tau lah berapa kena saman tu-haih.Terus terbatal niat aku nak beli jersey.

Nazirul dengan hati yang panas membara bawak kereta pon dah tak ingat nak mati.Aku duduk kat belakang diam jelah.Then,gerak pulak Taman Sutera selesaikan masalah Nazirul ni.Duduk lepak kat mamak ni.Apa yang special kedai dia?Haaa.Kipas dia kan.Bilah dia kontot,tapi sekali pusing macam f1 lah laju dia-hahahaha.Cakap punya cakap sampai telinga si Nazirul ni naik merah.Aku,Amy,Ejul dan Hagemaru tunggu masa berjalan jelah.Sambil-sambil tu,aku dare Amy hisap rokok Dunhill 1 batang.Aku bagi RM1-hahaha.

Kesimpulannya,hari ni memang fucking bitch goatdamn mothafucka.Aku balik-balik je.Mak aku dah bangun siapkan sahur.So,aku nak sahur dulu.Then baru tidur.


31 0gos 2009,4:06 am

Monday, August 24, 2009

How To Photoshop Your Photos!


Well,hello again!
Kali ni aku nak ajar korang macam mana nak edit gambar sebab banyak sangat orang tanya and aku malas nak editkan gambar orang lain.

Aku guna adobe photoshop 7.0 saja.Tapi kalau korang ada adobe photoshop cs2,cs3,cs4 or apa-apa lah adobe punya photoshop.Function dia agak sama saja.Cuma tambah situ sini je.Aku juga ada guna jasc paint shop pro version9.Software ni software kurun ke berapa entah.Dah lama dah.Nak cari installer dia pon aku rasa dah takda.Sebab aku mintak kat Aarief Ahmad Haafiz bin Kamaruddin yang dah pindah ke Kelana Jaya-haha.

Jadi,Inilah cara-cara nak edit gambar menggunakan adobe photoshop:

1.Click "FILE" and then "OPEN".Then,cari lah gambar yang korang nak edit tu.

2.Next,buat a new layer gambar yang korang bukak tu.Ada window layer kat column kanan belah bawah sekali.Then,buat background copy gambar tu.Act,aku tak tau apa function buat benda ni.Tapi,kawan aku ajar buat mcm ni.Buat jelah haha.Korang boleh skip step ni kalau nak.

Ok now!Kita dah boleh start editing..

3.Click "IMAGE" dekat bar yang atas sebelah "EDIT" and "LAYER" tu.

4.Pilih "ADJUSTMENT".Ok,sampai kat sini.Korang bebas nak ubah mana2 dulu.Biasanya,aku ubah "CURVE" dulu.Then,"COLOR BALANCE","BRIGHTNESS/CONTRAST", and last sekali "HUE/SATURATION".

5.Kalau korang nak buat lebih dari tu takpa.ikut selera perut lah haha.Tapi aku nasihatkan guna semua adjustment tu manual.Jangan buat auto.Nanti merepek-merepek je dia edit.

6.Ok!Itu basic editing skills lah.kalau nak ajar photomanipulation lagi lah panjang.Kalau korang dah selesai buat step-step ni semua.Kalau nak buat fade effect or ramai yang cakap lomo effect.Korang kena buat macam ni

7.Click button "Add a layer style" dekat layer windows belah kanan bawah sekali tu.Nanti banyak gila layer style akan keluar.Selalunya,aku guna color overlay atau gradient overlay.

8.Click lah salah satu.Nanti keluar blend mode "normal" and opacity "100%".Tips aku,korang kurangkan opacity ke "50%" dulu or lagi rendah.Then,bru pilih blend mode.

9.Aku selalu guna blend mode-darken,lighten,screen,exclusion.

10.Setelah selesai semuanya.Kalau nak high quality,korang save as PNG type.Kalau selalu kan JPEG.Tapi nanti saiz dia besar.Korang kena resize balik lah.

Thats all!good luck with the editing steps! kalau tak faham tu memang perkara biasa lah.Aku belajar basic skills pon dalam jangka masa 1 bulan lebih.hehe

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Al Mubarak


Hello guys!
Lama tak update blog aku ni.hehe.busy dengan school stuff and preparation untuk trial SPM lah saudara.

Bulan puasa dah pon bermula.Azam aku bulan puasa ni nak tambahkan pahala dan memperbaiki apa yang buruk dalam diri aku.Aku juga harap aku dapat kawal nafsu,pemikiran,perbuatan aku dan berhijrah ke arah yang lebih baik.Banyak yang perlu dibaiki.Terlalu banyak dosa dalam hidup aku ni.So aku harap dapat lah berubah.Kalau tak banyak,sikit pon jadi lah kan?

Tahun ni rasa lain macam sikit nak puasa.Macam ada azam nak puasa bersungguh-sungguh.Sebelum ni,puasa tu macam senang je aku lalui.Takda masalah langsung pon.Setiap tahun penuh je aku puasa.Tapi,tahun ni aku rasa aku akan menghadapi macam-macam cabaran.Sebab hidup aku ni macam tak banyak cabaran.Mungkin ni lah kot cabaran untuk aku yang diberikan oleh Allah S.W.T.Aku juga tekad nak solat tarawih sebanyak yang mungkin tahun ni.Sebab tahun lepas tak pernah pergi walaupun sekali.Harap puasa je penuh-haha.

Kesimpulannya,aku saja tulis benda ni sebab nak update blog aku.Kesian pulak korang bosan tengok benda yang sama je kan-haha.Thats it!Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam.Tingkatkan ibadah di bulan yang mulia ini.Amin~~