Tuesday, April 21, 2009

Kenapa Nak Serius Sangat?


Mungkin tahun ini baru dia tahu apa itu erti kehidupan.Ia memerlukan tanggungjawab dan pengorbanan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.Kehidupan ini penuh dengan tekanan dan cabaran.Mapan,diri ini menjadi lesu dan tidak tentu arah.Mungkin dia tidak mempunyai kekuatan untuk memenuhi setiap arahan atau suruhan orang atasannya.Namun,dia tetap tidak gelabah dan meneruskan kehidupan.Kepayahan yang dihadapi dirinya tidaklah diletakkan di air mukanya.Dia pendam sahaja perasaan itu dan meluahkan melalui laman sesawang ini.Mungkin jika umurnya sudah berusia 17 tahun,mungkin dia akan berubah?Atau dia akan menjadi dirinya yang sebenarnya?Adakah dia akan memilih jalan yang betul yakni memfokuskan kepada pelajarannya?Hanya dia yang mampu mengubah dirinya sendiri.Namun tetapi dia masih memerlukan sokongan,dorongan oleh keluarga dan rakan-rakannya.Saban hari dia menyembunyikan segalanya di dalam.Tetapi ibunya selalu membuat si dia berasa bahagia namun rasa bersalah kepada diri sendiri.Dirinya kini tidak mempunyai arah tuju dan hanya ingin tidur dan mencepatkan masa hingga ke Disember 2009.Si dia berasa bebas dari belenggunya jika dia bersama rakan-rakan,menghabiskan masa menangkap gambar,main musik,berpeleseran dan menonton bola sepak.Kini,dia mencari seribu satu alasan mengapa dia ingin meneruskan pelajarannya sedangkan dia tidak nampak masa hadapannya.hmm

-A.Nazim bin A.Azis-

No comments:

Post a Comment